Powered By Blogger
                                   Mengaktif  Dan Meransang Minda Pelajar

Banyak program-program yang diadakan disekolah-sekolah mengfokus kepada memberi kesedaran dan motivasi kepada pelajar-pelajar. Namun ini kurang memberi kesan yang membangun kepada pelajar-pelajar, kalau adapun kesannya hanya bertahan untuk sehari dua atau pun apabila mereka pulang kerumah semuanya akan dilupakan. Ramai penceramah berusaha untuk membuka minda pelajar-pelajar ini untuk membuat perubahan dalam budaya berfikir dan belajar mereka tpi mungkin yang terkessan hanyalah beberapa orang sahaja.

pelajar-pelajar ini biasanya tidak memahami apa yang hendak disampaikan kepada mereka bukan kerana mereka sukar unutk memahami tetapi mereka kebanyakan dari golongan yang kurang memikirkan perkar-perkara yang disampaikan. Bukan salah mereka untuk tidak memahami tetapi kematangan mereka belum sampai ketahap yang dikehendaki. Rata-rata kalau kita perhatikan pelajar yang cemerlang atau mudahnya pelajar yang pandai dalam kelas mereka, mereka mempamerkan kematangan mereka lebih dari rakan-rakan mereka. Sebab itulah mereka lebih mudah untuk menerima pembelajaran dengan lebih baik dari yang lain.

bersambung....
memberi motivasi kepada peserta perkhemahan SMK Jasin
peserta harus di tanam nilai menghormati untuk berjaya

terimaksih kepada cikgu dan penganjur kerana menjemput saya

bersama pengetua dan pegawai JPAM berbincang

Sepanjang Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan SMK Jasin.

Keynote Speech

Keynote Speech Kepada Unit Pengawas SMK Jasin di Resort D'Nelayan Pengkalan Balak..
(video dan audio kurang baik)

Gambar semasa ucapan dan suntikan motivasi Majlis Restu Ilmu dari Couch Yusof..,~

 Couch Yusof dalam ucapannya menyuntik semangat calon SPM. :)


 Keadaan semasa di dalam dewan peperiksaan SPM...
 Calon yang sedang tekun mendengar ucapan Coach Yusof.



 Guru-guru yang turut sama hadir dalam ucapan Yang Di-Pertua SMK Jasin
 Penyampaian cenderahati untuk calon-calon yang akan menduduki SPM.
 Guru HEM dan Pengetua Sekolah...

                                   

Bengkel Sifir oo Sifir


Bengkel Sifir oo Sifir mengfokus kepada latihan senaman otak untuk mengaktifkan bahagian-bahagian otak tertentu bagi persediaan menerima proses pembelajaran, memori dan pemahaman. kalau biasanya tubuh memerlukan senaman untuk sehat dan bergerak cergas, otak juga boleh melakukan senaman untuk sihat dan cerdas dalam berfikir.

Bengkel Sifir oo Sifir Jelajah Melaka Dan Muar.



Kami akan memperkenalkan satu program baru yang berbentuk bengkel kepada sekolah-sekolah atau mana-mana pihak yang berminat. Program bengkel sifir oo sifir adalah merupakan satu latihan yang mengutilisasikan elemen visual, audio dan kinesthetik. Satu latihan yang mudah bertujuan mengaktifkan bahagian tertentu didalam otak yang bertanggungjawab dalam proses pembelajaran, pemahaman dan hafalan. Latihan dalam bengkel ini akan diwarnai dengan keseronokan dan interaksi diantara peserta-peserta program (LDK).

Jika tubuh manusia memerlukan senaman untuk sihat dan cergas yang menjadikan mereka aktif dan mudah untuk menerima proses pembelajaran begitu juga dengan otak yang memerlukan senaman yang sesuai agar ia juga boleh sihat dan cerdas untuk proses pembelajaran yang berkesan dari masa kesemasa.

Bayaran : RM 300.00 (sekolah rendah)
                    RM 500.00 (sekolah menengah)

Pakej Promosi :
  • Bengkel sifir oo sifir
  • Ceramah/Syarahan Pelajar Professional
  • IbuBapa Hebat
Maklumat Lanjut :
    Atau Hubungi : Coach Usof @ 0172058195          Fax : 065246390

7 Langkah Dan 10 Tabiat Untuk Berjaya...menjejaki tapak pelajar cemerlang

Sebuah seminar yang bertajuk 7 Langkah Dan 10 Tabiat Untuk Berjaya...menjejaki tapak pelajar cemerlang, akan diadakan di Dewan Besar SMK Jasin, Melaka pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. seminar yang akan berlangsung selama lebih kurang 4 jam ini akan membicarakan dan memfokuskan kepada mempelajari dan berkongsi kaedah untuk mengendali dan mengawal diri untuk berjaya. Berteras kepada membentuk 'mindset' dengan menekankan kefahaman berkenaan dengan pegangan, peraturan hidup, nilai-nilai hidup,penerimaan identiti terserlah dan pelbagai konsep lain yang akan menjurus kepada perubahan sikap dan tingkahlaku peserta.
Setelah menyaksikan kemunduran identiti dan keperibadian dikalangan remaja dewasa ini, membangkitkan semangat dan keinginan untuk berusaha mengubah pola-pola persepsi sedia ada kepada anjakan paradigma yang mampu membangkitkan semangat hijrah dikalangan remaja kita. Melalui program ini peserta akan dibuka minda mereka bagaimana kejayaan boleh dicapai dengan membentuk dan mengatur kesahsiahan dalam hidup seharian samada ketika berseorang, berkeluarga, disekolah dan dimana saja mereka berada.
7 Langkah untuk berjaya akan membicarakan berkenaan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk memperolehi kejayaan sepertimana dilakukan oleh individu yang berjaya dalam bidang mereka manakala 10 Tabiat yang akan membicarakan sikap dan sifat yang ada kepada individu yang berjaya.
Program ini disasarkan kepada remaja-remaja sekolah terutamanya kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM 2011. Ambillah peluang ini untuk menyaksikan fenomena baru dalam penyampaian program-program motivasi dalam bentuk pendidikan. Bayaran untuk program ini adalah yang termurah dirantau ini jika dibandingkan dengan lokasi-lokasi yang lain.

Memperkasakan Remaja

Akibat dari persekitaran dan kehendak dunia yang mendesak, remaja menjadi tersepit ditengah-tengah disebabkan ibubapa-ibubapa yang begitu sibuk mengejar dunia kehidupan. Akibat dari itu remaja telah hilang beberapa hak yang selama ini menjadi kepunyaan mereka. Mungkin mereka tiada masalah kewangan tetapi jelas mereka ada masalah kasih sayang dan sahsiah.

Masalah salahlaku sosial dan disiplin semakin menjadi parah dinegara kita. Saban hari kita membaca dimedia-media tentang kes-kes yang melibatkan remaja yang bersekolah seperti merempit, salahlaku sek, pembuangan bayi, ponteng sekolah, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan macam-macam lagi. Jelas pada kita remaja kini umpama hilang pedoman dan panduan hidup. Siapa yang sebenarnya harus dipertanggungjawabkan ? ibubapa? masyarakat ? kerajaan ? sekolah ??

Apapun kita menyedari kekuatan kendiri dikalangan remaja adalah amat penting dalam pembentukan keperibadiaan mereka. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka, kita harus memandu dan menunjuk arah kepada mereka kepada jalan yang sebenar. Oleh itu mereka mestilah ada kemahiran untuk mengendali dan mengawal diri dari segi spiritual dan jasmani. Mengemaskini sahsiah yang hebat membawa kejalan yang cemerlang.

Remaja perlu diperkasakan demi kesejahteraan negara.